Thursday, November 10, 2011

Tips Kempiskan Perut.



Lama suda x share tips. *winks*
Ehem.
Perut buncit? Makan sikit macamana pun perut masih buncit? Macamana ni?
Lelaki perempuan sama saja. Kadang kadang orang berbadan kecil pun boleh buncit. Tapi mostly orang lelaki la. :p




Cakap banyak x guna. Jom baca tips ni dulu. Ayuh kempiskan perut. Yeahh. >_<!







1. Sarapan pagi.
Ikut kajian, orang yang x ambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan orang yang ambil sarapan pagi. Kenapa? Ikut logik la kann, kalau kita makan pagi pagi pastu buat kerja maka tenaga dalam badan tu akan maintain saja.  (Uiseh. Haha)
Makan banyak banyak waktu pagi xpa, sebab badan kita aktif waktu siang, buat kerja kan, jadi kalori pun terbakar. Hehe. Sebab tu la orang dulu dulu jarang buncit, maintain slim saja.  







2. Minum air.
Ini semua pun tahu kann. X rugi kalau minum banyak air. Dengan air badan boleh jadi cergas, kulit cantik (nampak lembab ja, x kering) and perut pun x buncit! Air mencairkan konsentrasi garam dalam badan untuk melancarkan jumlah air yang keluar dari badan. Maksudnya kuat minum air, kuat kencing la. Jadi perut pun x buncit. Haha 
(Logik la tu kan? ;p)







 3. Elak minuman bergas.
Suda suda la tu minum pepsi minum cola. Perut boleh buncit tau? Kena kena lagi minuman bergas ni banyak gula yang sememangnya x bagus untuk kesihatan.

minuman bergas = banyak angin = perut kembung = BUNCIT

Siap buat formula. Ambik. Haha.







4. Makan perlahan lahan.
Buat apa mahu makan laju laju? Makan pelan pelan suda la. *peace*
Serius. Makan laju laju bukan saja boleh tercekik, tapi boleh buat perut buncit tau. Kenapa? Sebab makanan x hadam.

makan pelan pelan = kuantiti makanan jadi sedikit = perut x buncit = berat badan pun senang mahu kontrol

Formula lagi. Ambikk. Haha.







5. Minuman masam.
Yang ini pernah try dekat rumah. Menjadi jugak. Hehe. Amalkan minum minuman masam lepas makan. Contoh Air limau nipis, air lemon atau jus oren. Ingat, SELEPAS MAKAN. Jangan sebelum makan, kang x pasal pasal kena gastrik T.T
Paling best, minum selepas makan tengahari. ;)






Cukup la 5 tips saja. Apa apa pun try dulu. Hehe
Gudluck bebeh! ;)



p/s : jaga kesihatan dari sekarang.

Monday, November 7, 2011

7 Wish List.



Bangun awal awal pagi tadi, terus kemas katil, asing baju kotor. Semangatt! XD
Bangun tidur ja suda senyum senyum. Sambil sambil tu online. Cek facebook pun senyum senyum. Amboii bukan main lagi ko wani. Haha. Kalau ikut hati jam 8 pagi tadi suda update blog -..-




Jam 9 bapa ngan mama bersiap siap pi pekan. Senyum senyum lagi. Ada apa hari ni? 




Jeng jeng jeng.




Yes. Today is my birthday. Dalam hati mula berperasaan macam macam. Awal juga mama turun pekan. Xkan pagi pagi mahu beli kek suda? Hehe.




Sementara tunggu bapa mama pulang dari pekan, aku kemas kemas la apa apa yang patut. Sementara semangat rajin tu meluap luap. XD




2 jam kemudian..




Ohh. Bapaku pulang dari pekan. Mamaku belikan makanan. LOL. Siap jenguk jenguk dalam kereta. Konon konon mahu tolong angkat barang. Padahal mahu tengok kek apa mama beli. Pergh. Memang udang sebalik batu kau ni wani. Haha. Tiba tiba..










*bunyi guruh*










Bapa cuma beli ikan, sabun harimau kuat ngan penyapu baru. =.='
Erk. Kasi sedap hati. Alaa bapa ngan mama lupa lettewww. (gelak sedih)










Kuyak ehh. Haha. Cuba pujuk diri sendiri. Alaa biasa la tu kan. Kalau orang lupa. Mahu juga minta belikan kek bha. Tua suda kau tu wani. 22 tahun. Tapi darah tetap maness. 
(Tetiba  =.=')




Ehem. Buka blog, konon konon mahu update 7 birthday wish list. Aku minta 7 sajaa. X banyak. 7 sajaa. Daripada aku demand buat list banyak banyak sampai 22 wishes pastu x dapat dapat lagi? Over la kau. Haha.






Tapi aku x tahu pun mahu wish apa. Sekian. T.T 






nek, aku mahu SARSI bukan PEPSI. isk.






p/s : maybe patut remind orang dalam rumah pasni, jangan lupa 7eleven. =.=

Saturday, November 5, 2011

5 Sebab Saya Jarang Update.





1. Baru baru ni saya ada terima offer buat iklan. Mula mula dari company A. X lama lepas tu company B lagi. Jadi busy la kann. Rezeki jangan di tolak. XD!





2. Saya juga baru balik bercuti dari Swirtzeland. Sajaa pegi sana. Mahu review review jam tangan konon. Baru ada kelas kann. Kebetulan musim salji. Jadi try la main ice skating. Wah suka suka.




Sebab terlampau excited main ice skating, jadi saya tersnap gambar ni sampai dua kali. =.='




3. Oh. Baru baru ni juga ada editor magazine call.
"Eh, u free tak? Nak minta tolong u buat review skit dalam ruangan kecantikan. Boleh?"
"Saya ok saja. Boleh boleh. Nanti korang atur la macamana ya :)"




4. Encik Robert selalu mesej bila mahu jumpa ni. Rindu suda ni rinduu katanya. X mahu Encik Robert merajuk, jadi kena jumpa juga la. Puaskan hati. Jumpa seminggu sekali pun jadi la. Mahu juga jumpa minggu minggu bha. Xpa demi Encik Robert saya sanggup. XD!





5. Jangan terkejut. Kadang kadang saya ambil part time keja bomoh. Kasi sembuh orang. Kemahiran tu ada, tapi x mahu la kecoh kecoh. Cuma mahu tolong orang orang terdekat saja. Sebab tu blog jarang update.



Sekian.
Ok boleh muntah sekarang.
=.='





p/s : entri petang petang. XD!

Monday, October 17, 2011

Stay Disconnected.


Salam. Blog Haneulshaz ni masih wujud lagi ka? Tepuk tangan, garu kepala. Haha. Macam tiada tiada ni. Masuk semester baru ja, aku jarang suda mahu online. Buka facebook kadang kadang, update blog mahu x mahu, apatah lagi buka formspring.
(Apa benda formspring neh? Twitter pun aku xda. Malas. XD)




X tahu la kalau ada orang cari aku. Masalahnya adakah orang cari aku? Bajet kau pemes la kan wani. Ceh.
Blog jarang update, bukan apa. Jarang online satu, pastu tiada cerita best juga mahu update. Xkan la aku mahu cerita rutin harian kuliah aku yang x best tu? Adeh.




Maybe aku kena tukar title header blog ni kot. Saya taip, kamu baca kunun. Tapi jarang update. Haha. Maybe aku patut letak title 'Blogger suam suam kuku'. Atau pun, 'Hai! Blog saya macam chipsmore! Hihihi'
Rasa macam mahu bagi penampar. =.='




Kembar siam. =.='
Konon konon mahu bagi gambar paling latest. Tapi disebabkan guna enpon capuk, quality gambar tetap macam babun. Blurgh.




Saturday, August 27, 2011

Koleksi Set Pinggan Mangkuk Hampir Pecah Gara Gara..


Saja aku bagi dot dot di situ. Bagi ayat gantung sikit. Untuk mewujudkan unsur unsur saspen serta teruja di alam benak para pembaca blogku sekalian. Hoho :B


Yep. Raya mahu dekat, kerja pon bertimbun. Aku bukannya mahu merungut, jauh sekali membentak. Sebenarnya aku lagi suka. Ceh. Ada suasana raya bila buat buat sibuk macam ni (&gt;_&lt;). Cuci langsir, cat rumah, susun atur rumah. Kan buat setahun sekali saja tu? Heh.

 


Jadi mahu dijadikan cerita, aku selaku anak perempuan selalu dibagi tugas alias kerja orang orang perempuan. Cuci mencuci pinggan mangkuk apatah lagi mencuci baju setiap ahli rumah. Memang setiap hari. 
(apasal aku rasa macam aku perempuan melayu terakhir ni? lol)

 


Okay mama memang ada menyimpan set koleksi pinggan mangkuk kesayangan. Paham paham saja la kalau suda jadi koleksi kesayangan. Memang disimpan bagus bagus atas rak dapur. Dan digunakan untuk hari hari tertentu sahaja. Macam raya ni, maknanya koleksi set tersebut hanya digunakan setahun sekali sahaja. Paham tak murid murid sekalian? XD


Baiklah. Jadi aku pun sorong kerusi, panjat atas meja, dan berdiri tepi rak dapur. Yes. Set pinggan mangkuk itu tersimpan di situ. Matahari pun tengah terik. Lawa la. Nanti cuci terus tos bawah matahari, cepat kering.
Kata diriku pada diri sendiri.
(Napa ayat macam skema ni? Haha.)

 


Masa tu aku langsung x expect ada apa apa dekat rak tu. Habuk bertimbun boleh tahan la. Pinggan mangkuk tu suma dalam plastik. Aku pegang plastik tu, aku bawa turun dari rak dan aku turun dari kerusi.


Tiba tiba ada benda bergerak dalam plastik. Apa tu? Aku dah macam patung dah berdiri situ. Plastik masih di tangan. Then, tiba tiba ja benda tu melompat keluar dari plastik. Mau tahu apa?

 


C to the I to the C to the A to the K. Kau rasa apa? Cicak!


Terus aku letak plastik tu cepat cepat atas lantai. (Boleh plak aku terpikir letak atas lantai kan? Kalau aku hempas tu atas lantai confirm habis koleksi mama aku. Haha)
Maka berjoget dondang sayang la aku di situ. Cis. Kuang ajaq punya cicak. Aku paling pantang dengan menatang sekor ni. Banyak banyak port napa dalam plastik juga tu kau lepak? Nasib baik cicak tu x lompat atas baju aku. Miang seh. pffft.

 





Mama ampunkan anakmu ini. Hampir hampir memecahkan set koleksi kesayangan mama :'). Anakmu ini ingin membantu bukan membantut kerja mama. Mama cantek kan? Tetiba lagi. Haha XD.


Ouh. Raya ni x boleh mahu enjoy sangat. Lepas raya ada exam. Proposal untuk FYP pun belum siap. Tabah wani tabah :')

Tuesday, August 23, 2011

Semua Dimakan.



Petang tadi awal prepare makanan untuk berbuka. Sambil sambil tunggu masuk waktu berbuka, aku cerita cerita la ngan adik aku, Ipul. 
(Bajet mahu jadi kakak paling mesra di rumah. Boleh? :B)




Adik aku ni suka menjawap. Kecik kecik lagi banyak mulut. Aku memang suka sakat dia ni. Selalu tanya soalan bukan bukan. XD!



Aku : Pul, napa ko ndak posa arini? Napa ko kuat makan ah? (tiba tiba kencang hahah)

Ipul : Biar la bha. Aku kan masi kecil.

Ceh.

Aku : Semua benda ko makan ka? Daging payau ko pandai makan?
(Payau = macam rusa tapi bukan rusa. Kijang kot. Hehe)

Ipul : (Malas malas dia mau jawap ni. Haha) Makan.

Aku : Kambing?

Ipul : Makan.

Aku : Gajah?

Ipul : Makan. (Senyum senyum)



Ambui. Pandai berloyar buruk juga kunun. Aku apa lagi. Tambah la merapu. Haha.



Aku : Kereta?

Ipul : Makann.

Aku : Bas? ;p

Ipul : Makan makan makan.

Aku : Jadi kalau kapal?

Ipul : Tu mana bule makan, kan besi.

Aku : EH???


Last last aku yang bingung. Haha. Mana mana la labu.




Ipul.





p/s : budak budak sekarang advance pemikirannya. XD!


Saturday, August 20, 2011

Puasa Yang Bukan Serupa Puasa.



Almost 1 bulann! Ko sengaja ka apa ni wani? Blog x update update. Masalahnya ada ka orang buka blog aku ni? Aku update ka aku x update ada korang kesah? Tetiba lak emo. Haha. Chill ok chill. Posa ni :)




Aku baru ja abis kelas tambahan. Macam aku cerita sebelum ni. Bukan kelas tambahan la, tapi kursus. Tapi cam kelas tambahan la juga sebab free. Tapi kursus sebenarnya sebab ada exam n dapat sijil. Ok pening kau baca kann. Ayat kalah cam budak darjah enam T.T
Okay abis suda intro haha. Mahu cerita apa ni? Posa arini? Ehem. Kalau dapat posa full untung la kan. Tapi orang perempuan jarang dapat posa full. Sobs sobs. Orang pompuan ponteng posa ada sebab, tapi orang laki?? Apa alasan? Agak garang di situ. Haha.



Apasal tiba tiba letak gambar ni? Abaikan.



Cerita pasal posa ne. Mahu dijadikan cerita la kann (alih alih aku juga yg cerita haha), aku pernah terponteng posa. Terr okay bukan sengaja. Suda kena bagi cuti, cuti saja la. Hehe. Disebabkan aku kena cuti, aku diam diam jak la dalam rumah. Orang lain suma posa. Dorang sahur, aku ikut sahur. Dorang berbuka, aku buka. Sebab x mahu kedapatan makan di siang hari dekat dapur. Kalau haus minum dalam bilik. HAHA. Kecuali adik aku 2 orang ni la, dorang mana pernah posa. Dorang saja tahu rahsia ni. Siap bisik bisik lagi,



"Pul, kaka ndak posa arini. Ko diam diam eh. Syhh."



Dia pun angguk angguk kepala ja.
(Ececeh. Konon boleh simpan rahsia la tu. XD)




Ipul n Putra. 2 orang budak yang rajin bangun sahur tapi x pernah posa. XD!





Tengahari tu..
Tiba tiba ja si Ipul ni masuk bilik.



"KAK, BISKUT NGAN KOPOK KAKA DALAM BEG TU BILA MAU BUKA?"



Mak aihh budak ni. Napa x letak speaker terus. Terus buat announcement depan rumah. Suara bukan main kuat lagi. Rumah sebelah pun boleh dengar. Cepat cepat aku bulatkan mata.



"Ko kenapa? Ko selongkar beg kaka ka?"

"Eh? Manada.. Aku nampak ja. Kak, aku lapar.."



Aku pun lapar juga sebenarnya. Padahal baru tengahari. Hoho.



"Bha pi la ambil biskut tu cepat. Makan dalam bilik kita."
(siap bisik bisik lagi. aiyohh.)

"Biskut yang mana satu? Yang kecik ka yang besar?"
(dia pun ikut bisik juga. cakap pelan pelan. haha)

"Mana mana jak. Cepat! Jangan sampai bapa nampak."



Berlari lari la si ipul ni. Jalan pelan pelan turun tangga. Pegi ambil biskut. Lucu pula aku tengok. Padahal bapa aku paham juga kalau kami x posa. Saja jak tu. Buat buat serius. Hehe.




Biarpun biskut, tapi kalau makan time lapar sedap juga ni ;p



p/s : puasa buat cara puasa :D

Saturday, July 30, 2011

Puasa. Sudah Sedia?




Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. X jawab dosa ;)


Lama x update entri. Gua busy dehh. Ada kelas tambahan time cuti ni. Sangat bersemangat. Update status dekat facebook, ramai kagum dengan kos kami. Perli ka?? =.='


Ehem. Busy busy buat assignment sempat lagi buka blog. Kena update juga. Aku tau ada orang usha usha blog ni. Rindu aku kann. Eleh malu malu lagi kunun. Ahaks. 
(Bagi penampar mau? =.=') 


Lusa puasa suda. Suda ready? Suda abis bayar puasa? Belum ganti lagi? Tanggung sendiri :D
Ehem. Sebelum puasa ni kena ready macam macam. Semua tau juga kan. Benda benda yg boleh membatalkan puasa. Eh eh. Kalau pakai contact lens masa puasa boleh ka? Sebab bukankah tu memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan?


Aku pernah research pasal benda ni. Fuiyoo research tuu :p. Yang penting bergantung pada nawaitu masing masing. Ok aku pakai contact lens sebab rabun. Tapi koleksi mata palsu ni semua ada kaler ja. 
(aku biasa panggil benda alah ni mata palsu XD)
Dan ada degree. Yang clear punya xda pula. Mahu cari sekarang xda yang murah murah. Semua mahal. Tapi yg ada kaler ni murah pula. Dan banyak pilihan LOL


Hurm. 


Harap harap puasa tahun ni lebih baik daripada puasa tahun tahun lepas. Azam x semestinya tahun baru kan? :)







enpon murah bukan alasan untuk tidak bercamwhoring. tetiba. haha





Salam Ramadhan ;)



Friday, July 15, 2011

Contest Kaki Paling Comel.


Jeng jeng jeng. Tu diaa. Lama suda x join contest. Hehe. Contest kali ni unik sebab upload gambar kaki saja. X perlu muka, x perlu tangan, x perlu bagi peace :p
Buat pertama kalinya aku join contest Ailyl Rozanna. Sebelum ni jadi silent reader ja. X pernah follow. Url blog dia pun siap bookmark page lagi. Segan pula. Okay jujur -..-




Klik sini untuk join :)

Syarat syarat penyertaan :

1) mempunyai blog sendiri dan masih aktif
*done

2) kalau boleh jadilah follewer blog ini
*baru ja follow. hehe

3) letak tajuk entri sebagai contest kaki paling comel
*done

4) copy banner, linkkan ke ailylrozanna.com kemudian letak dekat sidebar
*done

5) tag 3 org kawan yang korang rasa kaki dia comel gak


;)


Dan gambar kaki yang terpilih adalah.. *drumroll please*


"Wedges penambah ketinggianku. Haha"


Rasanya suda follow suma syarat syarat penyertaan. Hadiah dia pulak hamper. Barang Etude House tuu. Pewit. Harap harap menang la. Hoho.



p/s : jum juin ramai ramai.

Wednesday, July 13, 2011

Itik Berkongsi Kasih dengan Manusia?



Anak itik tokwi wi wi wi wi. Okei. Kaset rosak. Haha. Ulang tajuk lagi. Anak itik berkongsi kasih dengan manusia? Mana ibunya? Siapakah gerangan itik malang itu? Itik hodoh?
=.='


Eh.
Bukan bukan.
Anak itik ni comel, macam tuan blog ni juga bhahahah.


Kita lupakan pasal ayam, kali ni cerita pasal itik. XD
Anak itik ni baru menetas, dgn berbidankan manusia. Boleh terima ka tu?
YES. Why not? :p
Pernah dengar itik bertelur, ayam menetas?
Jadi ini la ni mo kasitau.
Eh aku bukan ibu ayam okay HAHA.
Cuti ni try buat experiment..


Ketua operasi : Bapa
Pembantu : Shaz (ceh. nama glemer)


(>_<)
Mengeramkan telur itik dengan menggunakan mentol. Pernah dengar inkubator?
Mesin membuat penetasan telur.
(betul ka tu penetasan? Lantak.)
Telur disusun dlm inkubator, pastu dijaga serta dibelai dgn penuh kasih dan sayang selama 1 bulan.
Ala bucuk bucuk.
Okay hiperbola.
Haha.


Hasilnya..
(macamana mo buat bunyi anak itik ne? Ngiak ngiak ka? Haha)



adeh. menggeliat.


pa tengok tengok?




yeahh. tu dia.



you better run run run. =.='




3 ekor ja. X banyak. Try letak dlm inkubator 4 biji. Yg satu tu failed. Reject la. Hoho.






p/s : naluri keibuan ;p



Sunday, July 10, 2011

1 2 3.. Bertukar !



Dengan kuasa bulannn~ akan menghukum mu! Erk.
Tetiba jak. Hoho.
Teda la ni..
Saja mahu kasitau..
Arini tukar template baru..
Tu jak pon..
Mau juga kecoh..


Isk.
Suka ati la..
Aku mahu bising bising sini.
Blog aku..
Bukan blog kau!
*ttiba emo HAHA*


Lama juga la aku x tukar template ni..
Setelah sekian lama dalam kegelapan..
Akhirnya kini blogku suda menjadi BERSIH !
Erk.


Sebelum ni blog aku background kaler hitam..
Aku minat kaler hitam..
Purple merah pink hijau semua aku suka..
Yang penting ikut mood.
HAHA.


Hitam itu menawan okei.
Senang mix n match.
Macam pakai shawl ;p
Lagi satu aku suka kaler tulisan dalam blog aku ni warna warnii
Cam rainbow giteww.
Hoho.


Skrg tukar template baru.
Kaler maroon pink pink..
Ada doll, teddy bear..
Bajet mahu comel la kan.


Blog masih dalam pembaikan. Terabur ah. Saja mahu test power taip dalam template baru. Jakun. Haha.

Friday, July 8, 2011

Aksi Melampau Pekerja KFC.


X tau la benda ni lama suda atau baru ja. Tapi aku baru tau juga ni. Kecoh dekat youtube. Seriously, i cant accept this lepas tengok video ni. Semua orang pun. Langsung xda sivik. Celup tepung ayam then sapu dekat tapak kasut? Watdepakk??





Lokasi KFC dalam video ni x tau dekat mana, tapi confirm la di Malaysia. Apa motip? Camni la kalau suda buat kerja x ikhlas. Rasa rasa x mahu buat kerja, berhenti! Menyusahkan.




Selera terus mati serta merta.