Thursday, November 10, 2011

Tips Kempiskan Perut.



Lama suda x share tips. *winks*
Ehem.
Perut buncit? Makan sikit macamana pun perut masih buncit? Macamana ni?
Lelaki perempuan sama saja. Kadang kadang orang berbadan kecil pun boleh buncit. Tapi mostly orang lelaki la. :p




Cakap banyak x guna. Jom baca tips ni dulu. Ayuh kempiskan perut. Yeahh. >_<!







1. Sarapan pagi.
Ikut kajian, orang yang x ambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan orang yang ambil sarapan pagi. Kenapa? Ikut logik la kann, kalau kita makan pagi pagi pastu buat kerja maka tenaga dalam badan tu akan maintain saja.  (Uiseh. Haha)
Makan banyak banyak waktu pagi xpa, sebab badan kita aktif waktu siang, buat kerja kan, jadi kalori pun terbakar. Hehe. Sebab tu la orang dulu dulu jarang buncit, maintain slim saja.  







2. Minum air.
Ini semua pun tahu kann. X rugi kalau minum banyak air. Dengan air badan boleh jadi cergas, kulit cantik (nampak lembab ja, x kering) and perut pun x buncit! Air mencairkan konsentrasi garam dalam badan untuk melancarkan jumlah air yang keluar dari badan. Maksudnya kuat minum air, kuat kencing la. Jadi perut pun x buncit. Haha 
(Logik la tu kan? ;p)







 3. Elak minuman bergas.
Suda suda la tu minum pepsi minum cola. Perut boleh buncit tau? Kena kena lagi minuman bergas ni banyak gula yang sememangnya x bagus untuk kesihatan.

minuman bergas = banyak angin = perut kembung = BUNCIT

Siap buat formula. Ambik. Haha.







4. Makan perlahan lahan.
Buat apa mahu makan laju laju? Makan pelan pelan suda la. *peace*
Serius. Makan laju laju bukan saja boleh tercekik, tapi boleh buat perut buncit tau. Kenapa? Sebab makanan x hadam.

makan pelan pelan = kuantiti makanan jadi sedikit = perut x buncit = berat badan pun senang mahu kontrol

Formula lagi. Ambikk. Haha.







5. Minuman masam.
Yang ini pernah try dekat rumah. Menjadi jugak. Hehe. Amalkan minum minuman masam lepas makan. Contoh Air limau nipis, air lemon atau jus oren. Ingat, SELEPAS MAKAN. Jangan sebelum makan, kang x pasal pasal kena gastrik T.T
Paling best, minum selepas makan tengahari. ;)






Cukup la 5 tips saja. Apa apa pun try dulu. Hehe
Gudluck bebeh! ;)



p/s : jaga kesihatan dari sekarang.

No comments:

Post a Comment