Monday, December 8, 2014

Mood Berthrowback


Assalamualaikum.



Ya ampunnn lamanya tidak buka blog. Dekat setahun sudah. Macam mana mau guna blogspot ni pun tidak tau sudah. Password blog pun lupa sudah. Nasib baik dapat buka. Tu pun nasib baik guna password birthday sendiri -.-'



Last post tahun lepas. Masih studi lagi. Jaman-jaman stress buat esaimen, buat thesis, buat FYP. Memang azab time tu kalau diingat balik. Nasib baik lepas T.T 
Lepas habis present FYP, terus sambung praktikal. Praktikal tahun lepas bulan Julai 2013. Praktikal 3 bulan, then sambung raya. Yala. Dari situ la aku mula terputus hubungan dengan blog ni ! Aisemen. Begitu begini lama-lama sampai laaa sekarang tak bukak blog teruss. Asi ka begitu? Haha    



Mungkin sejak adanya wechat, instagram, whatsapp dan bermacam jenis media social yang lain menyebabkan keaktifan diri ini untuk berblog menurun. Aisemen lagi. Kenapa ayat aku macam skema ni. Adui XD







Sekarang ni aku aktif berinstagram (Aktif laa sangat). Sebab aku lagi suka tengok gambar berbanding baca. Macam orang selalu bilang, a picture can tell you a thousand words. (Betul ka itu?) Memang lumrah manusia suka tengok benda-benda yang indah, cantik. Lagi-lagi shopping online. Ya Allah, berlambakk. Sampai rambang mata dibuatnya. Tambah lagi boleh bank in online, lagi laa aku sakan bershopping online. Sampai siang malam berinstagram (Dahsyatt. Patut la duit cimb aku selalu habis T.T) 



Mau juga kasitau kan. Hmm. Macam jakun pula. Adeh. Maybe lepas ni aku akan update lagi blog ni, tapi dalam mood berthrowback saja la. Hehe. Banyak moment-moment yang best, yang special aku rasa mau share sini. Tapi take time dulu la. Pelan-pelan bah.



Until next soon :)




sengaja letak gambar kabur :p

 

Monday, April 8, 2013

Kembali.

Assalammualaikum.


Kembali untuk entri kedua pada tahun 2013. Erk. Perlu ke? Memang entri-entri dalam blog ni boleh dikira. Berapa ketol je. -.-'


Macam biasa lah, update blog bila ada mood ada masa free. And macam biasa juga lah, blog ni 'hidup' bila time-time cuti sem macam ni :')


Cuti sem kali ni, aku memang suda decide awal-awal. Ndak mau balik rumah. Konon-konon mau fokus untuk buat fyp. Plus esaimen pun berlambak. Jadi apa salahnya kalau berkorban untuk tidak pulang bercuti di rumah. Sem last juga kan. Ujarku di dalam hati. Kata hati la sangat kann. Haha.


Cuti 1 minggu. Start dari hari jumaat tu lagi. Hari ni ahad mau masuk isnin suda. Seriously duduk sorang-sorang dekat hostel langsung teda mood ohh mau sambung buat fyp. Satu habuk pun belum start. Esaimen pun belum sentuh lagi. Abis laa.


Bila pikir balik, cuak juga. Kurang dari 1 bulan ni full report fyp kena submit suda. Mau buat, tapi bila dah ready duduk depan laptop, blur-blur la pulak. Keja terlampau bertimbun sampai bingung ni mau mula yang mana satu dulu -.-'


Arghhhh stress !


Harap-harap sem ni sem last. InsyaAllah. Aku betul-betul mau grad tahun ni. Semangat suda mau pigi praktikal hujung sem ni. Tapi bila pikir balik pasal fyp, sedih.


Hmm. Malas kena buang ni. Sedih tolak ke tepi. Be strong. Moga dipermudahkan segala urusan lepas ini. Amin.    


Until next time :)











Saturday, February 2, 2013

Cuti Tinggal 2 Minggu Lagi.

Assalammualaikum.



Hai everyone. Its been a longggggg time since i didn't update my blog. Last story masih lagi pasal corat coret raya. Last update Nov 2012. Err. Lamanyaa. Kira ini la first entri untuk 2013 -.-'


Sedar tak sedar abis suda satu semester. Iya, lepas raya aritu terus buka sem. Start kuliah blablabla alih-alih dah abis final exam. Sedar-sedar dekat rumah suda pun. Duduk depan laptop baru mau update blog. Hee.


Cuti tinggal 2 minggu lagi. Ya ampunn cepatnya masa berlalu. Padahal aku baru saja balik Rabu lepas. 2 minggu sebelum tu belum balik rumah lagi . 1 minggu stay dekat UMS, 1 minggu lagi balik Semporna. Haa bingung ndak bingung. Haha. Sempat lagi balik Semporna. Suda namanya pun bercuti kan. Jalan-jalan la dulu pegi Semporna baru balik Papar :3


So, 2 minggu ni aku mau buat apa eh? Selain mengemas mengemas mencuci mencuci menjemur and memasak. 
(Ayat di ulang berkali-kali siap bold lagi untuk kata penegasan -.-')
Seriously, bila balik rumah memang ni la tugas aku. Bukan mau merungut, tapi yang betul bha. Memang ini la keja aku setiap hari. Urus baju dorang, memasak (yang ni takda excuse, kena biasakan diri dari sekarang. nanti jadi bini orang camna? malu ai. heh.) dan mengemas. 
Adik beradik aku ada 6 orang. 2 orang perempuan, 4 orang lelaki. Yang perempuan duduk hostel, yang lelaki duduk rumah. Sebab ada yang masih kecik lagi, sekolah rendah. So, bayangkan saja la rumah macamana kan? Confirm terabur bersepah sana sini dan memeningkan kepala. Eh yang aku membebel macam mak nenek ni kenapa? Tak pasal-pasal.



Ini baru di luar rumah. Belum lagi dalam rumah. Boleh bayangkan nakal dorang ni macamana? =.=


 Rumah sekarang under construction. Sebab tu la ada pasir ngan batu berlonggok depan rumah. Budak-budak ni apa lagi, asal waktu petang jak berabis laa berkubang dekat pasir. Sampai lantai dalam rumah pun berpasir. Aih.


Jadi berbalik kepada topik asal (apa yang aku merapu pun aku tak tau), bila badan kita penat, kita perlukan rehat. Bila dah rehat mau juga bermalas-malas kann. So bila malas, idea untuk update blog pun agak suam-suam kuku. See? Nampak tak point aku dekat situ? Hahaha.





Kakak garang bhahahah