Saturday, August 27, 2011
Koleksi Set Pinggan Mangkuk Hampir Pecah Gara Gara..
Saja aku bagi dot dot di situ. Bagi ayat gantung sikit. Untuk mewujudkan unsur unsur saspen serta teruja di alam benak para pembaca blogku sekalian. Hoho :B
Yep. Raya mahu dekat, kerja pon bertimbun. Aku bukannya mahu merungut, jauh sekali membentak. Sebenarnya aku lagi suka. Ceh. Ada suasana raya bila buat buat sibuk macam ni (>_<). Cuci langsir, cat rumah, susun atur rumah. Kan buat setahun sekali saja tu? Heh.
Jadi mahu dijadikan cerita, aku selaku anak perempuan selalu dibagi tugas alias kerja orang orang perempuan. Cuci mencuci pinggan mangkuk apatah lagi mencuci baju setiap ahli rumah. Memang setiap hari.
(apasal aku rasa macam aku perempuan melayu terakhir ni? lol)
Okay mama memang ada menyimpan set koleksi pinggan mangkuk kesayangan. Paham paham saja la kalau suda jadi koleksi kesayangan. Memang disimpan bagus bagus atas rak dapur. Dan digunakan untuk hari hari tertentu sahaja. Macam raya ni, maknanya koleksi set tersebut hanya digunakan setahun sekali sahaja. Paham tak murid murid sekalian? XD
Baiklah. Jadi aku pun sorong kerusi, panjat atas meja, dan berdiri tepi rak dapur. Yes. Set pinggan mangkuk itu tersimpan di situ. Matahari pun tengah terik. Lawa la. Nanti cuci terus tos bawah matahari, cepat kering.
Kata diriku pada diri sendiri.
(Napa ayat macam skema ni? Haha.)
Masa tu aku langsung x expect ada apa apa dekat rak tu. Habuk bertimbun boleh tahan la. Pinggan mangkuk tu suma dalam plastik. Aku pegang plastik tu, aku bawa turun dari rak dan aku turun dari kerusi.
Tiba tiba ada benda bergerak dalam plastik. Apa tu? Aku dah macam patung dah berdiri situ. Plastik masih di tangan. Then, tiba tiba ja benda tu melompat keluar dari plastik. Mau tahu apa?
C to the I to the C to the A to the K. Kau rasa apa? Cicak!
Terus aku letak plastik tu cepat cepat atas lantai. (Boleh plak aku terpikir letak atas lantai kan? Kalau aku hempas tu atas lantai confirm habis koleksi mama aku. Haha)
Maka berjoget dondang sayang la aku di situ. Cis. Kuang ajaq punya cicak. Aku paling pantang dengan menatang sekor ni. Banyak banyak port napa dalam plastik juga tu kau lepak? Nasib baik cicak tu x lompat atas baju aku. Miang seh. pffft.
Mama ampunkan anakmu ini. Hampir hampir memecahkan set koleksi kesayangan mama :'). Anakmu ini ingin membantu bukan membantut kerja mama. Mama cantek kan? Tetiba lagi. Haha XD.
Ouh. Raya ni x boleh mahu enjoy sangat. Lepas raya ada exam. Proposal untuk FYP pun belum siap. Tabah wani tabah :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment