Almost 1 bulann! Ko sengaja ka apa ni wani? Blog x update update. Masalahnya ada ka orang buka blog aku ni? Aku update ka aku x update ada korang kesah? Tetiba lak emo. Haha. Chill ok chill. Posa ni :)
Aku baru ja abis kelas tambahan. Macam aku cerita sebelum ni. Bukan kelas tambahan la, tapi kursus. Tapi cam kelas tambahan la juga sebab free. Tapi kursus sebenarnya sebab ada exam n dapat sijil. Ok pening kau baca kann. Ayat kalah cam budak darjah enam T.T
Okay abis suda intro haha. Mahu cerita apa ni? Posa arini? Ehem. Kalau dapat posa full untung la kan. Tapi orang perempuan jarang dapat posa full. Sobs sobs. Orang pompuan ponteng posa ada sebab, tapi orang laki?? Apa alasan? Agak garang di situ. Haha.
Cerita pasal posa ne. Mahu dijadikan cerita la kann (alih alih aku juga yg cerita haha), aku pernah terponteng posa. Terr okay bukan sengaja. Suda kena bagi cuti, cuti saja la. Hehe. Disebabkan aku kena cuti, aku diam diam jak la dalam rumah. Orang lain suma posa. Dorang sahur, aku ikut sahur. Dorang berbuka, aku buka. Sebab x mahu kedapatan makan di siang hari dekat dapur. Kalau haus minum dalam bilik. HAHA. Kecuali adik aku 2 orang ni la, dorang mana pernah posa. Dorang saja tahu rahsia ni. Siap bisik bisik lagi,
"Pul, kaka ndak posa arini. Ko diam diam eh. Syhh."
Dia pun angguk angguk kepala ja.
(Ececeh. Konon boleh simpan rahsia la tu. XD)
Tengahari tu..
Tiba tiba ja si Ipul ni masuk bilik.
"KAK, BISKUT NGAN KOPOK KAKA DALAM BEG TU BILA MAU BUKA?"
Mak aihh budak ni. Napa x letak speaker terus. Terus buat announcement depan rumah. Suara bukan main kuat lagi. Rumah sebelah pun boleh dengar. Cepat cepat aku bulatkan mata.
"Ko kenapa? Ko selongkar beg kaka ka?"
"Eh? Manada.. Aku nampak ja. Kak, aku lapar.."
Aku pun lapar juga sebenarnya. Padahal baru tengahari. Hoho.
"Bha pi la ambil biskut tu cepat. Makan dalam bilik kita."
(siap bisik bisik lagi. aiyohh.)
"Biskut yang mana satu? Yang kecik ka yang besar?"
(dia pun ikut bisik juga. cakap pelan pelan. haha)
"Mana mana jak. Cepat! Jangan sampai bapa nampak."
Berlari lari la si ipul ni. Jalan pelan pelan turun tangga. Pegi ambil biskut. Lucu pula aku tengok. Padahal bapa aku paham juga kalau kami x posa. Saja jak tu. Buat buat serius. Hehe.
No comments:
Post a Comment