saya masih hidup lagi ! sorii lama tak update blog. sem ni busy sangat-sangat T.T. rindu mahu blogging. seriously. banyak benda mahu story ni. tapi bukan sekarang. later i will.
Wednesday, November 28, 2012
zzz.
saya masih hidup lagi ! sorii lama tak update blog. sem ni busy sangat-sangat T.T. rindu mahu blogging. seriously. banyak benda mahu story ni. tapi bukan sekarang. later i will.
Saturday, August 18, 2012
Corat Coret Raya
Lama tak update. Busyyy sangat-sangat-sangat. Heh. Semakin dekat raya, semakin busy diri ini. Aiseh. Dari kemas rumah sampai buat kueh raya. Tak caya? Bukti? Aku sekarang dapat jerawat batu dekat hidung.
-___________________-
Baru-baru ni try buat biskut dam. Tapi hasilnya takda rupa bentuk dam pun. Jadi bulat-bulat ada la. Hahaha. Nda pandai bhaa mau cantum-cantum nih. Last-last kasi mix buat bentuk bulat jadi macam corak batik :))
saya masih jakun guna instagram. hewhewhew.
Raya ni mampu buat 1 jenis kueh jak. Bukan tidak mampu, tapi balik-balik kena ngap. Sebelum ni masa awal-awal bulan posa dah start buat kueh sampai 3 jenis. Aku selalunya sekali adun tak banyak, dalam 200-300 gram saja. Hehe. Tapi rumah aku ramai gergasi. Tak kuasa i nak buat kueh balik-balik. -.-
Last-last beli kueh tunjuk jak. Satu hari boleh dapat 5 jenis. Haha. Raya ni kami buat ala kadar saja. Cuti raya pun 1 minggu saja kan. Habis cuti, yang lain sambung keja, dorang adik semua balik sekolah :)
Owh. Mau juga kasitau. Berat aku turun mendadak ni. Kenapa ni? Kenapaaa? Aku dah la memang underweight sebelum ni. Habis posa saja, tambah underweight lagi T.T
ouh. penimbang ni ada ralat T.T
Harap-harap lepas raya ni berat naik macam sebelum ni. Nampak ok sikit. Tak la nampak terlampau kurus. Tak best. Tak seksi. Heh.
Besok raya, mesti hari ni semua busy kan. Mari girangkan hati ini. Lupakan masalah berat badan itu lalalala. Dengar lagu raya boleh buat diri ini tersenyum. Aiseh ;p Radio sekarang masing-masing pasang lagu raya. Bosan dengan lagu lama? Jom dengar lagu baru :D
Kawan aku sorang ni, Sauji lama betul ndak contact. Baru-baru ni ada rekod lagu baru. Bergabung dengan artis-artis Sabah yang lain dengan nama Pesona Bayu. Siap suruh orang tolong promote lagi ya. Ambuiii. Baiklah jie, saya hanya menurut perintah. Haha. Try la dengar ni, best ! :))
Ingin tahu group ini dengan lebih lanjut? Boleh jelajah page ini. Sioknya Bayu
Oh. dan jangan lupa. Klik like :)
Tuesday, August 7, 2012
Jom Bergaya dengan Tudung Mama Collection
Raya makin dekat. Persiapan macamana? Dah buat kueh? Dah kemas rumah? Dah beli baju? Tudung? :D
(ambuii intro bukan main lagi haha)
Belum beli baju raya lagi. Takda masa nak keluar shopping. Takda bajet lagii. Buntu? Macamana nih??
(sudah wani sudah. hahaha)
Ehem. Satu saja penyelesaiannya. *aiseh*
Mempersembahkannn
TUDUNG MAMA COLLECTION !
......
Hahaha. Tertipu. =.=
Bukan la. Ini bukan entri promot. Takda kaitan dengan iklan tv, radio mahupun kedai jakel. Erk. Ini tudung mama aku. Betul la kan mama collection? Ke mama's collection? =_=
Betul la bha tudung mama aku. Berapa kali ulang -.- Macam ni la kalau cuti panjang, duduk lama-lama dekat rumah. Adaa saja benda mahu dibuat. Sambil mengemas sambil bergaya. Eh? :D
Tudung mama aku banyak. Kalah koleksi aku. Memang kalau keja cikgu mesti banyak koleksi baju ngan tudung eh? Fine aku belum keja lagi. Jadi tak tau apa-apa. -.-
Belek punya belek banyak sehh. Macam-macam warna ada. Lalu mula la tangan ni menggatal keluarkan tudung shawl satu-satu lantas mentry macam-macam stail depan cermin.
(gila panjangnya ayat. semput aku baca XD)
Mau tengok? Sila skrol down laju-laju. =.='
raya pertama. tudung bawal style dian pelangi.
raya kedua. shawl chiffon kaler pink.
raya ketiga. kaler purple.
raya keempat. kaler pink lagi.
raya kelima. kaler pinkk lagi ! shocking pink *.*
raya keenam. ini kalerful. =.='
raya ketujuh. tudung bawal kaler peach stail dian pelangi tak jadi. =.='
raya kelapan. shawl chiffon biru tua. *lamanya ko beraya wani -.-*
raya kesembilan? heh.
arabian wannabe.
ustazah wannabe? maybe? :D
tadah muka depan tingkap untuk efek suci lagi murni :')
kesukaan. bhahahah.
Banyak gila gambarr. Lepas gian ka hapa ni. Haha. Selalunya aku pinjam tudung mama aku jak. Tudung mama aku banyak kan, jadi senang mix and match :)
Lagi satu, boleh jimat duit beli tudung baru and mengukuhkan lagi kasih anak terhadap ibunya. Eh? Haha.
Friday, August 3, 2012
Kelebihan Berpuasa
Assalammualaikum :)
Sedar tak sedar dah 2 minggu kita berpuasa. Maknanya tak lama nak raya kan. Hihi. Amboii. Harap-harap puasa full tahun ni. Jangan la bocor, jangan laa bocor.
(Buleh ka macam tu? :S)
Tadi lepas beres buat kerja rumah semua, rehat-rehat baca majalah ni. Majalah kesihatan nombor satu di Malaysia. Majalah Rapi. Edisi Ogos 2009. (Detailnya kau. Haha)
Tak kisah pun baca majalah lama or majalah terpakai. Janji ada. Suka tengok gambar jak pun ;p
Kebetulan baca edisi Ramadhan punya. Banyak info berguna ! Salah satunya yang ni, Manfaat Berpuasa. Jadi mahu share apa yang aku paham la kan. Sharing is caring rite? ;)
Kelebihan berpuasa dari aspek :
1. Kesihatan
Puasa mampu meningkatkan keupayaan tubuh badan bagi tujuan menyahtoksik dan pembersihan. Bila puasa, secara automatik perut kita rehat. Semua organ pencernaan seperti usus, pankreas dan hati boleh melakukan kerja-kerja pembersihan. Bayangkan kalau kita tak pernah puasa, maknanya setiap hari setiap masa perut kita kena bekerja keras tahu? Kesiannn perut, tak pernah rehat :D
2. Pelangsingan
Puasa boleh jadi salah satu alternatif terbaik kalau mahu turunkan berat badan :) Makanan berlebihan dalam badan kita akan disimpan dalam bentuk glikogen dalam hati dan tisu lemak di bahagian otot-otot. Jadi bila kita berpuasa, tenaga akan dibekalkan menerusi pemecahan tisu simpanan ini. Tenaga dapat dari mana? Dari lemak-lemak yang tersimpan dalam badan kita. So lemak-lemak ni akan terbakar, dan heyy macam ni laa penurunan berat badan boleh berlaku :D
3. Karakter Diri
Puasa melatih diri kita supaya jadi seorang yang penyabar dan berdisiplin. Berdisiplin sini maksudnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Thats all. Hehe. Belum terlambat lagi kann, selamat menjalani ibadah puasa. Kalau nak melatih diri, nak kurus, sempat lagi ni :D
Happy Ramadhan :)
Thursday, July 26, 2012
D.I.Y Short Pants Jadi Bag
Sekali lagi buat d.i.y. Kesukaan pula aku menjahit ni tau. Haha. Kena lagi aku sorang-sorang duduk dekat rumah. Macam-macam projek aku buat. Habis mesin jahit mama aku. Baju lama seluar lama semua mau recycle. Nasib baik mama sporting :D
Kali ni try recycle seluar lama jadi bag. Tak kisah la seluar pendek atau jeans. Janji kain dia tebal and sesuai jadi bag. And yang penting mesti kretip ! :D
Jangan recycle seluar boxer sudah =.='
Shortpants (sebelum kejadian. haha) :
seluar pendek kesayangan masa aku masa gemok lagi bhahahah.
Bag (selepas kejadian -.-) :
masih nampak lagi rupa seluar tu bha. haha. boleh la kan :))
Tutorial untuk D.I.Y ni takda. Haha. Aku pun main hentam saja ni oi. Tapi boleh rujuk video nih. Maybe boleh bagi idea-idea bernas kot -..-
Beg ni boleh la di pakai pi mana-mana. Aku pun tak tau la mau guna beg ni pi mana. Maybe pegi pasar kot? =.='
Sudah siap, posing muka berlagak adalah harus bersama beg ini sebagai bukti pembelian.
(Apa aku merepek ni? -.-')
=.='
Dah dah dah. Selamat mencuba and selamat berpuasa :D
p/s : update entri ni sambil google minuman untuk berbuka posa. hahaha. padahal belum lagi jam 4 :3
until next time. Daa !
Wednesday, July 18, 2012
D.I.Y Summer Dress.
Lama suda rasanya tak pegang mesin jahit. Bukannya terer pun. Saja rindu =.='
Buang tebiat ka apa ni. Haha. Kebetulan cuti panjang ni, aku duduk rumah saja. Jadi suri rumah sepenuh masa. Tak cukup dengan mengurus kerja-kerja rumah seharian, aku juga turut mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti menjahit. Ada paham?
(Apasal macam skema ni? Duh.)
Macam biasa, mula-mula bukak youtube dulu. HAHA. Bila tengok youtube, baru ada feeling-feeling mahu menjahit. Terus rasa macam kretip dalam kepala hotak. Mahu try itu, mahu ini ! Excited lebih pula. Lempang kang. -.-
Habis godek-godek video. Teringin pula mau buat dress. Dress simple-simple saja. Lebihan kain banyak. Lawa la :D. Firstime belajar potong baju sendiri. Cincai saja oi. Haha. Jahit punya jahit, menjadi jugak la. Tapi part bahu senget sikit :/
Hasilnya..
boleh la. part bahu tu tak berapa kemas.
Untuk sedapkan hati, alaa pakai dekat rumah jak pun. Bukannya orang nampak pun. Pedulik la. Hoho. Sebab tak puas hati, aku jahit lagi baju kedua. Emang dasar kann. Haha. Baju yang kedua ni aku combine dengan t shirt. T shirt lama banyak. Jahit part skirt saja. Sebab teringin sangat mahu pakai layer skirt :D
Hasilnya..
layer skirt. menjadi juga kan? :D. ketara betul bha t shirt tu kena recycle. haha
Tu jak la. Lepas ni boleh la feeling-feeling comel dekat rumah. Macam korea-korea giteww. Haha. Next time mahu jahit apa lagi eh? Excited pula :))
Monday, July 16, 2012
Kepala Paip Punya Pasal.
Semalam ikut bapa ngan mama pegi KK. Adik aku yang bongsu pun ikut skali. Kasi teman beli baju raya. Baju untuk dorang adik. 4 orang semuanya. Awal sehh. Posa pun belum kan. Memang suda plan awal-awal mau beli baju raya sebelum posa. Sebab mama memang awal-awal juga suda cakap macam ni,
"MINTAK MAAF LA BANYAK-BANYAK KALAU MAU SHOPPING TIME BULAN POSA. PENATT. NANTI NTAH HAPA-HAPA SAJA YANG DIBELI."
Hahaha.
Kalau dipikirkan balik betul juga. Shopping time bulan posa nanti dah la crowded, ramai orang, panas, tak selesa lagi. Nanti terbeli baju saiz 17. Seluar saiz 27. Ntah apa-apa jak kita beli kan. Macam mama cakap. Penat jak dapat. Wuu.
Beli dekat Servay Putatan jak pun. Harga lebih kurang saja. Dekat 2 jam juga carik baju melayu untuk dorang nih. Pap-pap bayar harga apa semua. Dah setel. Tahun ni tema kalerful. Warna merah, pepel, kelabu, hijau, coklat semua ada :D
Jam 2 lebih gitu kitaorang pegi makan. Singgah makan dekat Grace Point Food Court Sembulan. Beliau suka makan dekat situ. Santai katanya. Makanan pun banyak pilihan. Hehe. Masing-masing pilih, tunggu order. Sementara tunggu order, mau pi toilet la pulak. Banyak minum air tadi :S
Tanya adik aku,
"Pul, kau mau ikut kaka pi tandas?"
"Mau"
Bah. Sama-sama la kami ni pi toilet. Adik aku lelaki, tapi kecik lagi. Bawa saja la pi ladies -..-
Ehem. Part ni aku yang tak suka.
Lepas dari toilet, pegi sinki cuci tangan. Paip sinki yang jenis tekan punya. Bukan jenis pulas. Aku bukannya firstime jumpa paip ni. Berkali-kali. Erk. Tapi entah camna terlampau cuai kan. Langsung tidak sangka air dia akan keluar secara terus-terusan tanpa rasa belas kasihan. Tekan jak paip, sekalinya
WHOOSHH !
Sudah. Habis semua. Muka basah. Mekap basah. Sampai tudung pun basah. Dah la pakai pashmina. Tak pasal-pasal aku mandi depan sinki. Nasib baju jak tak basah. Grr.
Ipul tengok jak. Dia pun ndak sangka ni. Haha. Dia tak basah pun. Adik aku lagi pandai guna paip tu dari aku. Pfft.
Terpaksa buka tudung kasi kering. Tak pasal-pasal kann. Aihh. Nasib baik pakai mekap waterproof. Nasib baik tak pakai bulu mata pelesu. Kalau tak, lagi dasat. Wuu.
Keluar dari toilet jak, order lama dah sampai. Beliau tanya kenapa lambat.
"Kaka tadi basah kena air". Ipul yang jawap.
"Astaga. Kau ka kaka? Camna bha ni hahaha"
Ketawa jak beliau. Kuyaknyaa. Aduh. Paip la ni punya pasal :$
Toilet cantik, tapi kepala paip tak reti mau guna. Apakah. =.='
Tuesday, July 10, 2012
Kenapa Berblog?
Mungkin tajuk ni agak basi. Yala, dah berlambak dah orang lain post entri macam ni. Mesti korang terpikir kan, "eh pehal pompuan ni? follower dah la ciput, ada hati mahu bagi tips berblogging bagai." eee negative nya pemikiran =.='
Aku bukannya mahu bagi tips berblog ke hapa. Tau la tak pemes =.=. Ini cuma mahu bagi pendapat saja. Just wanna share my thought. Chill la. Haha.
Ehem. Kenapa aku berblog?
1. Sebab lebih suka menaip dari bercakap.
Boleh pula begitu kan? Ada orang dia lagi senang meluah depan skrin dari face to face. Depan skrin lagi bebas rasanya untuk meluah macam-macam. Macam aku lagi prefer texting dari calling2. Tak tahu la. Lagi selesa kot :)
2. Sebab terpengaruh.
Rasanya laa. Banyak jumpa blog cantik-cantik, comel-comel. Header dorang suma lawa-lawa. Teringin juga la ada blog macam tu. Tapi tuu la. Teda masa la. Teda idea la. Tidak pandai la. Alasan jak tu kan? =.=
3. Sebab mahu untung.
Mata duitan juga la sikit-sikit. Haha. Jeles juga tengok blogger lain dapat cekout ribu riban. Wuu sapa tak mau kan? Orang lain apply nuffnang, aku pun ikut juga apply nuffnang. Tapi masih juga earning duapulohlima sen =.=' Macamana traffic mahu naik, blogwalking pun malas. Apa lagi mahu drop comment dekat post orang lain. Pemalu punya pasal. Tak pasal-pasal membebel.
4. Sebab mahu pemes juga la sekali sekala HAHA.
Err. Tak tahu mahu explain apa yang nih. Abaikan saja la.
pikir mahu update apa lagi lepas ni. =.=
Tuesday, July 3, 2012
Aku, Biola dan Kebaya.
Photograph and Editing : Yusrif Sehe
Makeup and Talent : Dang Wangi
Prop : Together
p/s : saja suka-suka. segan pula ngaku sendiri talent. adeh. kbai.
Thursday, June 28, 2012
2 Love Stories dalam Sehari.
Cuti ni takda pegi mana-mana pun. Stay dekat rumah jak. Jadi "suri rumah" sepenuh masa. Macam kena train pula kan. Hehe. Kemarin keja siap awal. Cuci baju, jemur kain, masak nasi dan sapu rumah. Okay. Beres :D. Kemarin punya cerita, aku update arini. Pedulik. Haha. Malam aku tidur awal. Penat owh. Ada hati mau tengok EURO 2012. Tapi ndak larat ni. Siaran langsung semua pukul 3 pagi. Tengok ulangan saja la. Sama juga kan XD
Tengahari tu, rehat-rehat di ruang tamu. Tunggu dorang adik pulang sekolah. Layan TV saja la. Malas mau bukak laptop =.= Buka channel 134. Channel Mustika. Cerita Love, Nora baru mau start. Lama suda rasanya movie ni. Layan saja la. Pelakon dia Yasmin Hani ngan Yana Samsudin. Lelaki tu aku tak kenal pula. Muka baru. Boleh la. Not bad. Untung laa dorang dapat shooting dekat Italy. Aku tengok just mau cuci mata saja. Hero dia ensem :D
ohh. hero dia will quah. baru google :D
Jalan cerita dia boleh la. So on so. Best juga la. Tapi perlu ke tiru idea orang lain? :/
Cerita dia lebih kurang macam movie P.S I Love You.
Bagi aku, versi omputih lagi real. Lagi sweet. Bagi aku la.
Dorang adik sampai rumah. Urus dorang apa semua. Makan sekejap. Then pegi sekolah agama sesi petang pula pukul 2. Aku sambung tengok TV :D
Pukul 230. Dari tadi main tukar-tukar channel. Haha. Then buka channel 413. Channel FOX. Movie Made of Honour baru mau start. Macam familiar tajuk ni. Tengok lama-lama laaa cerita ni rupanya. Dua kali suda tengok cerita ni :D
Filem romantic comedy. I memang sukaaa sangat-sangat. XD
Abis tengok movie. Oh pukul 4 suda rupanya. Leka sungguh. Haha. Malam tu mama suruh masak nasi ayam untuk makan malam. Petang tu keluarkan ayam dan bahan-bahan memasak. (Siap cabut serai sorang-sorang depan rumah. Haha). Masak yang simple-simple aja deh. Asal kenyang :)
Try rasa, dorang bilang boleh la. Menjadi juga :D. Tapi aku rasa macam kurang garam :/
Gambar nasi ayam teda eh. Malas mau snap. Ndak kan la mau taruh gambar google juga? Muahaha keji.
Monday, June 18, 2012
Random Short Stories
Last update 20hb April. Erk. Lamanyaaa. Sem ni langsung tak terasa. Sedar tak sedar abis suda satu sem. Sori blog, lama tak update -.- Macam macam benda berlaku sebenarnya. Banyak benda nak habaq nih. Biar pun cerita suda basi, mau kasitau juga ! Haha. Kumpul punya kumpul jadi la entri ni, a few random stories :D
Random Story 1
Baru baru ni course aku ada buat majlis makan malam. MCG Dinner Nite. Mula mula ramai ndak mau pegi, teda duit la, ndak ramai orang pegi ni nanti, so ndak best la. Konon la. Kononn. Eleh. Alasan ja kamu tu. Pura pura ndak mau pegi. Haha. Last last malam tu ramai juga yang pegi. Batch kami 3 orang jak yang betul betul tidak dapat pegi. Sarip, Naim ngan John. Hmm. Takpa la, tapi tengokk. Last last malam tu ramai juga yang pegi kann. Dinner kali ni memang last la suda aku pegi. Last suda jumpa sama student final year kann. Apa apa pun memang best la malam tu :D
girlsss.
aku paling suka tengok gambar ni. maybe sebab nampak candid kot. tommy ! wat de.. O.o
Random Story 2
Sebelum MCG Dinner, rumet aku pun ada dinner juga. Syam namanya. Sebab prepare last minit, baju beli last minit, kasut pinjam last minit. Kalut juga la. Nasib baik ada. Petang tu dorang kena stand by tunggu bas dekat kampung masing masing dalam jam 5.
(Kolej kediaman UMS terbahagi kepada Kampung AB, CD dan E)
Rumet aku nih, kalut juga la. Camna mau buat mekap ni??
(Tanda soal diletak dua kali untuk effect yang lebih XD)
Kebetulan aku ada dekat bilik, jadi secara tidak langsung aku pula jadi mak andam ni. Kira macam bidan terjun juga la. Haha. Nasib baik dia prefer mekap simple saja. Aku kalau part lukis tang mata saja boleh la. Nasib baik menjadi jugak :)
ini la syam. saja suruh dia posing pakai shawl. amboii. kemain taw. muka macam ibu-ibu. hikhik
tunjuk part eyeliner. tapi sori la guna kamera capuk saja -.- untung laa dia nih. bulu mata lebat. tak payah pakai bulu mata palsu. mascara saja pun suda cukup :D
Random Story 3
Rumet aku ni Indian. Best tau kenal dengan dia nih. Firstime jumpa Indian girl yang sangaaaat peramah. She's was so talkative ! Haha. Pernah kami borak sampai tak sedar dah dekat 3 jam non stop. Haha. Kebetulan hari tu dia ada bawa saree. Cantik warnanya. Warna turquoise. Niceee. Aku ni firstime nampak saree depan mata, jakun juga la. Selama ni tengok dalam TV saja T.T
Sebab teringin sangat mau pakai saree, Syam dengan berbesar hati bagi pinjamkan aku saree dia. Dia pun excited juga sebenarnya. Haha. Just untuk gambar gambar saja kan :)
Aku pakai ni memang banyak kena lilit kain dia dekat badan. Dekat 2 meter kalau tak silap. Sebab aku dah la kecik, pendek lagi =.= Memang jenuh juga Syam kena letak pin sana sini supaya ngam dekat badan.
tunjuk tang mata jerr. tak boleh lebih lebih. seksi tau :3
Random Story 4
Tak lama beberapa minggu kemudian selepas tu, kawan lama tetiba mesej. "Free ka minggu ni?" Free juga la. Sebab aku memang jarang balik rumah kalau setakat cuti hujung minggu. Cuti 2 hari jak pun. Alang alang bha ;)
Mesej punya mesej, dia pun mau minta tolong mekapkan untuk dinner juga. Wahh. Yakin juga kamu. Aku bukannya pro pun :3 Sebab kawan, on saja la. Enjoy juga kan. Hehe. Tengahari tu, dorang ambil aku dekat blok. Dorang suma tinggal dekat IP. Yang minta makeover ni bukan sorang saja, 3 orang tau. Memang tak menang tangan ;p
Sori la yang ini takda gambar. Ndak sempat mau snap owh :( Gambar gambar yang lain ada dengan Vian. Ndak sempat pula mau minta ngan dia aritu. Hmm.
Random Story 5
Cuti pertengahan semester aritu, aku pegi Semporna. Wuu ndak sangkaa X) Banyak benda firstime owh. Firstime duduk dalam bas 8 jam. Firstime tidur dekat rumah orang. Firstime jalan tanpa family. And firstime sampai Semporna. Risau juga la mula mula. Boleh ka ni bawa diri di rumah orang. Hmm. Tapi lama lama stay dekat sana, it was fun ! :D
Aku bermalam dekat Kg. Pegagau. Hehe. Jalan masuk pi kampung dari pekan dekat 30 minit juga. Macam terpencil juga. Kampung dia macam biasa juga, tapi ndak tau la best tinggal sana. Dapat layanan first class tau. Hari hari makan sedap. Paling diingat la lauk tamban. Sedaap ! Ndak heran la pipi pun makin tembam :3
yang ini ndak ingat pla apa tempat dia -.- teringin mau mandi laut tapi ndak pandai berenang. rugii.
can you see my cheeks? sooo tembam. bahagia rasanya :3
Cukup la entri kali ni. Panjang owh. Cam lepas gian pula. Haha. See you next time ! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)