Assalammualaikum :)
Sedar tak sedar dah 2 minggu kita berpuasa. Maknanya tak lama nak raya kan. Hihi. Amboii. Harap-harap puasa full tahun ni. Jangan la bocor, jangan laa bocor.
(Buleh ka macam tu? :S)
Tadi lepas beres buat kerja rumah semua, rehat-rehat baca majalah ni. Majalah kesihatan nombor satu di Malaysia. Majalah Rapi. Edisi Ogos 2009. (Detailnya kau. Haha)
Tak kisah pun baca majalah lama or majalah terpakai. Janji ada. Suka tengok gambar jak pun ;p
Kebetulan baca edisi Ramadhan punya. Banyak info berguna ! Salah satunya yang ni, Manfaat Berpuasa. Jadi mahu share apa yang aku paham la kan. Sharing is caring rite? ;)
Kelebihan berpuasa dari aspek :
1. Kesihatan
Puasa mampu meningkatkan keupayaan tubuh badan bagi tujuan menyahtoksik dan pembersihan. Bila puasa, secara automatik perut kita rehat. Semua organ pencernaan seperti usus, pankreas dan hati boleh melakukan kerja-kerja pembersihan. Bayangkan kalau kita tak pernah puasa, maknanya setiap hari setiap masa perut kita kena bekerja keras tahu? Kesiannn perut, tak pernah rehat :D
2. Pelangsingan
Puasa boleh jadi salah satu alternatif terbaik kalau mahu turunkan berat badan :) Makanan berlebihan dalam badan kita akan disimpan dalam bentuk glikogen dalam hati dan tisu lemak di bahagian otot-otot. Jadi bila kita berpuasa, tenaga akan dibekalkan menerusi pemecahan tisu simpanan ini. Tenaga dapat dari mana? Dari lemak-lemak yang tersimpan dalam badan kita. So lemak-lemak ni akan terbakar, dan heyy macam ni laa penurunan berat badan boleh berlaku :D
3. Karakter Diri
Puasa melatih diri kita supaya jadi seorang yang penyabar dan berdisiplin. Berdisiplin sini maksudnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Thats all. Hehe. Belum terlambat lagi kann, selamat menjalani ibadah puasa. Kalau nak melatih diri, nak kurus, sempat lagi ni :D
Happy Ramadhan :)
byk kelebihan puasa.nikmat tu tp ada gak org yg blh puasa tp x mo puasa.rugi kan.
ReplyDeleteyup. mmg rugii. ramadhan dtg setahun skali jak kn :)
Delete