Saturday, August 27, 2011

Koleksi Set Pinggan Mangkuk Hampir Pecah Gara Gara..


Saja aku bagi dot dot di situ. Bagi ayat gantung sikit. Untuk mewujudkan unsur unsur saspen serta teruja di alam benak para pembaca blogku sekalian. Hoho :B


Yep. Raya mahu dekat, kerja pon bertimbun. Aku bukannya mahu merungut, jauh sekali membentak. Sebenarnya aku lagi suka. Ceh. Ada suasana raya bila buat buat sibuk macam ni (>_<). Cuci langsir, cat rumah, susun atur rumah. Kan buat setahun sekali saja tu? Heh.

 


Jadi mahu dijadikan cerita, aku selaku anak perempuan selalu dibagi tugas alias kerja orang orang perempuan. Cuci mencuci pinggan mangkuk apatah lagi mencuci baju setiap ahli rumah. Memang setiap hari. 
(apasal aku rasa macam aku perempuan melayu terakhir ni? lol)

 


Okay mama memang ada menyimpan set koleksi pinggan mangkuk kesayangan. Paham paham saja la kalau suda jadi koleksi kesayangan. Memang disimpan bagus bagus atas rak dapur. Dan digunakan untuk hari hari tertentu sahaja. Macam raya ni, maknanya koleksi set tersebut hanya digunakan setahun sekali sahaja. Paham tak murid murid sekalian? XD


Baiklah. Jadi aku pun sorong kerusi, panjat atas meja, dan berdiri tepi rak dapur. Yes. Set pinggan mangkuk itu tersimpan di situ. Matahari pun tengah terik. Lawa la. Nanti cuci terus tos bawah matahari, cepat kering.
Kata diriku pada diri sendiri.
(Napa ayat macam skema ni? Haha.)

 


Masa tu aku langsung x expect ada apa apa dekat rak tu. Habuk bertimbun boleh tahan la. Pinggan mangkuk tu suma dalam plastik. Aku pegang plastik tu, aku bawa turun dari rak dan aku turun dari kerusi.


Tiba tiba ada benda bergerak dalam plastik. Apa tu? Aku dah macam patung dah berdiri situ. Plastik masih di tangan. Then, tiba tiba ja benda tu melompat keluar dari plastik. Mau tahu apa?

 


C to the I to the C to the A to the K. Kau rasa apa? Cicak!


Terus aku letak plastik tu cepat cepat atas lantai. (Boleh plak aku terpikir letak atas lantai kan? Kalau aku hempas tu atas lantai confirm habis koleksi mama aku. Haha)
Maka berjoget dondang sayang la aku di situ. Cis. Kuang ajaq punya cicak. Aku paling pantang dengan menatang sekor ni. Banyak banyak port napa dalam plastik juga tu kau lepak? Nasib baik cicak tu x lompat atas baju aku. Miang seh. pffft.

 





Mama ampunkan anakmu ini. Hampir hampir memecahkan set koleksi kesayangan mama :'). Anakmu ini ingin membantu bukan membantut kerja mama. Mama cantek kan? Tetiba lagi. Haha XD.


Ouh. Raya ni x boleh mahu enjoy sangat. Lepas raya ada exam. Proposal untuk FYP pun belum siap. Tabah wani tabah :')

Tuesday, August 23, 2011

Semua Dimakan.



Petang tadi awal prepare makanan untuk berbuka. Sambil sambil tunggu masuk waktu berbuka, aku cerita cerita la ngan adik aku, Ipul. 
(Bajet mahu jadi kakak paling mesra di rumah. Boleh? :B)




Adik aku ni suka menjawap. Kecik kecik lagi banyak mulut. Aku memang suka sakat dia ni. Selalu tanya soalan bukan bukan. XD!



Aku : Pul, napa ko ndak posa arini? Napa ko kuat makan ah? (tiba tiba kencang hahah)

Ipul : Biar la bha. Aku kan masi kecil.

Ceh.

Aku : Semua benda ko makan ka? Daging payau ko pandai makan?
(Payau = macam rusa tapi bukan rusa. Kijang kot. Hehe)

Ipul : (Malas malas dia mau jawap ni. Haha) Makan.

Aku : Kambing?

Ipul : Makan.

Aku : Gajah?

Ipul : Makan. (Senyum senyum)



Ambui. Pandai berloyar buruk juga kunun. Aku apa lagi. Tambah la merapu. Haha.



Aku : Kereta?

Ipul : Makann.

Aku : Bas? ;p

Ipul : Makan makan makan.

Aku : Jadi kalau kapal?

Ipul : Tu mana bule makan, kan besi.

Aku : EH???


Last last aku yang bingung. Haha. Mana mana la labu.




Ipul.





p/s : budak budak sekarang advance pemikirannya. XD!


Saturday, August 20, 2011

Puasa Yang Bukan Serupa Puasa.



Almost 1 bulann! Ko sengaja ka apa ni wani? Blog x update update. Masalahnya ada ka orang buka blog aku ni? Aku update ka aku x update ada korang kesah? Tetiba lak emo. Haha. Chill ok chill. Posa ni :)




Aku baru ja abis kelas tambahan. Macam aku cerita sebelum ni. Bukan kelas tambahan la, tapi kursus. Tapi cam kelas tambahan la juga sebab free. Tapi kursus sebenarnya sebab ada exam n dapat sijil. Ok pening kau baca kann. Ayat kalah cam budak darjah enam T.T
Okay abis suda intro haha. Mahu cerita apa ni? Posa arini? Ehem. Kalau dapat posa full untung la kan. Tapi orang perempuan jarang dapat posa full. Sobs sobs. Orang pompuan ponteng posa ada sebab, tapi orang laki?? Apa alasan? Agak garang di situ. Haha.



Apasal tiba tiba letak gambar ni? Abaikan.



Cerita pasal posa ne. Mahu dijadikan cerita la kann (alih alih aku juga yg cerita haha), aku pernah terponteng posa. Terr okay bukan sengaja. Suda kena bagi cuti, cuti saja la. Hehe. Disebabkan aku kena cuti, aku diam diam jak la dalam rumah. Orang lain suma posa. Dorang sahur, aku ikut sahur. Dorang berbuka, aku buka. Sebab x mahu kedapatan makan di siang hari dekat dapur. Kalau haus minum dalam bilik. HAHA. Kecuali adik aku 2 orang ni la, dorang mana pernah posa. Dorang saja tahu rahsia ni. Siap bisik bisik lagi,



"Pul, kaka ndak posa arini. Ko diam diam eh. Syhh."



Dia pun angguk angguk kepala ja.
(Ececeh. Konon boleh simpan rahsia la tu. XD)




Ipul n Putra. 2 orang budak yang rajin bangun sahur tapi x pernah posa. XD!





Tengahari tu..
Tiba tiba ja si Ipul ni masuk bilik.



"KAK, BISKUT NGAN KOPOK KAKA DALAM BEG TU BILA MAU BUKA?"



Mak aihh budak ni. Napa x letak speaker terus. Terus buat announcement depan rumah. Suara bukan main kuat lagi. Rumah sebelah pun boleh dengar. Cepat cepat aku bulatkan mata.



"Ko kenapa? Ko selongkar beg kaka ka?"

"Eh? Manada.. Aku nampak ja. Kak, aku lapar.."



Aku pun lapar juga sebenarnya. Padahal baru tengahari. Hoho.



"Bha pi la ambil biskut tu cepat. Makan dalam bilik kita."
(siap bisik bisik lagi. aiyohh.)

"Biskut yang mana satu? Yang kecik ka yang besar?"
(dia pun ikut bisik juga. cakap pelan pelan. haha)

"Mana mana jak. Cepat! Jangan sampai bapa nampak."



Berlari lari la si ipul ni. Jalan pelan pelan turun tangga. Pegi ambil biskut. Lucu pula aku tengok. Padahal bapa aku paham juga kalau kami x posa. Saja jak tu. Buat buat serius. Hehe.




Biarpun biskut, tapi kalau makan time lapar sedap juga ni ;p



p/s : puasa buat cara puasa :D