Saturday, August 18, 2012

Corat Coret Raya


Lama tak update. Busyyy sangat-sangat-sangat. Heh. Semakin dekat raya, semakin busy diri ini. Aiseh. Dari kemas rumah sampai buat kueh raya. Tak caya? Bukti? Aku sekarang dapat jerawat batu dekat hidung.



-___________________-


Baru-baru ni try buat biskut dam. Tapi hasilnya takda rupa bentuk dam pun. Jadi bulat-bulat ada la. Hahaha. Nda pandai bhaa mau cantum-cantum nih. Last-last kasi mix buat bentuk bulat jadi macam corak batik :))






saya masih jakun guna instagram. hewhewhew.


Raya ni mampu buat 1 jenis kueh jak. Bukan tidak mampu, tapi balik-balik kena ngap. Sebelum ni masa awal-awal bulan posa dah start buat kueh sampai 3 jenis. Aku selalunya sekali adun tak banyak, dalam 200-300 gram saja. Hehe. Tapi rumah aku ramai gergasi. Tak kuasa i nak buat kueh balik-balik. -.-


Last-last beli kueh tunjuk jak. Satu hari boleh dapat 5 jenis. Haha. Raya ni kami buat ala kadar saja. Cuti raya pun 1 minggu saja kan. Habis cuti, yang lain sambung keja, dorang adik semua balik sekolah :)


Owh. Mau juga kasitau. Berat aku turun mendadak ni. Kenapa ni? Kenapaaa? Aku dah la memang underweight sebelum ni. Habis posa saja, tambah underweight lagi T.T 



 

ouh. penimbang ni ada ralat T.T


Harap-harap lepas raya ni berat naik macam sebelum ni. Nampak ok sikit. Tak la nampak terlampau kurus. Tak best. Tak seksi. Heh.


Besok raya, mesti hari ni semua busy kan. Mari girangkan hati ini. Lupakan masalah berat badan itu lalalala. Dengar lagu raya boleh buat diri ini tersenyum. Aiseh ;p Radio sekarang masing-masing pasang lagu raya. Bosan dengan lagu lama? Jom dengar lagu baru :D


Kawan aku sorang ni, Sauji lama betul ndak contact. Baru-baru ni ada rekod lagu baru. Bergabung dengan artis-artis Sabah yang lain dengan nama Pesona Bayu. Siap suruh orang tolong promote lagi ya. Ambuiii. Baiklah jie, saya hanya menurut perintah. Haha. Try la dengar ni, best ! :)) 





Ingin tahu group ini dengan lebih lanjut? Boleh jelajah page ini. Sioknya Bayu
Oh. dan jangan lupa. Klik like :)


Tuesday, August 7, 2012

Jom Bergaya dengan Tudung Mama Collection


Raya makin dekat. Persiapan macamana? Dah buat kueh? Dah kemas rumah? Dah beli baju? Tudung? :D
(ambuii intro bukan main lagi haha)


Belum beli baju raya lagi. Takda masa nak keluar shopping. Takda bajet lagii. Buntu? Macamana nih??
(sudah wani sudah. hahaha)


Ehem. Satu saja penyelesaiannya. *aiseh*
Mempersembahkannn





TUDUNG MAMA COLLECTION !






......







Hahaha. Tertipu. =.=


Bukan la. Ini bukan entri promot. Takda kaitan dengan iklan tv, radio mahupun kedai jakel. Erk. Ini tudung mama aku. Betul la kan mama collection? Ke mama's collection? =_=


Betul la bha tudung mama aku. Berapa kali ulang -.- Macam ni la kalau cuti panjang, duduk lama-lama dekat rumah. Adaa saja benda mahu dibuat. Sambil mengemas sambil bergaya. Eh? :D


Tudung mama aku banyak. Kalah koleksi aku. Memang kalau keja cikgu mesti banyak koleksi baju ngan tudung eh? Fine aku belum keja lagi. Jadi tak tau apa-apa.  -.-


Belek punya belek banyak sehh. Macam-macam warna ada. Lalu mula la tangan ni menggatal keluarkan tudung shawl satu-satu lantas mentry macam-macam stail depan cermin.
(gila panjangnya ayat. semput aku baca XD)


Mau tengok? Sila skrol down laju-laju. =.='



 raya pertama. tudung bawal style dian pelangi.



 raya kedua. shawl chiffon kaler pink.



raya ketiga. kaler purple.



raya keempat. kaler pink lagi.



raya kelima. kaler pinkk lagi ! shocking pink *.*



raya keenam. ini kalerful. =.='



raya ketujuh. tudung bawal kaler peach stail dian pelangi tak jadi. =.='



raya kelapan. shawl chiffon biru tua. *lamanya ko beraya wani -.-*



raya kesembilan? heh.



arabian wannabe.



ustazah wannabe? maybe? :D



tadah muka depan tingkap untuk efek suci lagi murni :')



kesukaan. bhahahah.



inner neck pun mau interprem juga :')



dah dah. abis main kena kemas balik ;p



Banyak gila gambarr. Lepas gian ka hapa ni. Haha. Selalunya aku pinjam tudung mama aku jak. Tudung mama aku banyak kan, jadi senang mix and match :)
Lagi satu, boleh jimat duit beli tudung baru and mengukuhkan lagi kasih anak terhadap ibunya. Eh? Haha.
 

Friday, August 3, 2012

Kelebihan Berpuasa


Assalammualaikum :)


Sedar tak sedar dah 2 minggu kita berpuasa. Maknanya tak lama nak raya kan. Hihi. Amboii. Harap-harap puasa full tahun ni. Jangan la bocor, jangan laa bocor. 
(Buleh ka macam tu? :S) 


Tadi lepas beres buat kerja rumah semua, rehat-rehat baca majalah ni. Majalah kesihatan nombor satu di Malaysia. Majalah Rapi. Edisi Ogos 2009. (Detailnya kau. Haha)


Tak kisah pun baca majalah lama or majalah terpakai. Janji ada. Suka tengok gambar jak pun ;p
Kebetulan baca edisi Ramadhan punya. Banyak info berguna ! Salah satunya yang ni, Manfaat Berpuasa. Jadi mahu share apa yang aku paham la kan. Sharing is caring rite? ;)


Kelebihan berpuasa dari aspek :

1. Kesihatan

Puasa mampu meningkatkan keupayaan tubuh badan bagi tujuan menyahtoksik dan pembersihan. Bila puasa, secara automatik perut kita rehat. Semua organ pencernaan seperti usus, pankreas dan hati boleh melakukan kerja-kerja pembersihan. Bayangkan kalau kita tak pernah puasa, maknanya setiap hari setiap masa perut kita kena bekerja keras tahu? Kesiannn perut, tak pernah rehat :D

2. Pelangsingan

Puasa boleh jadi salah satu alternatif terbaik kalau mahu turunkan berat badan :) Makanan berlebihan dalam badan kita akan disimpan dalam bentuk glikogen dalam hati dan tisu lemak di bahagian otot-otot. Jadi bila kita berpuasa, tenaga akan dibekalkan menerusi pemecahan tisu simpanan ini. Tenaga dapat dari mana? Dari lemak-lemak yang tersimpan dalam badan kita. So lemak-lemak ni akan terbakar, dan heyy macam ni laa penurunan berat badan boleh berlaku :D

3. Karakter Diri

Puasa melatih diri kita supaya jadi seorang yang penyabar dan berdisiplin. Berdisiplin sini maksudnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. 


Thats all. Hehe. Belum terlambat lagi kann, selamat menjalani ibadah puasa. Kalau nak melatih diri, nak kurus, sempat lagi ni :D




Happy Ramadhan :)