Thursday, July 26, 2012

D.I.Y Short Pants Jadi Bag


Sekali lagi buat d.i.y. Kesukaan pula aku menjahit ni tau. Haha. Kena lagi aku sorang-sorang duduk dekat rumah. Macam-macam projek aku buat. Habis mesin jahit mama aku. Baju lama seluar lama semua mau recycle. Nasib baik mama sporting :D


Kali ni try recycle seluar lama jadi bag. Tak kisah la seluar pendek atau jeans. Janji kain dia tebal and sesuai jadi bag. And yang penting mesti kretip ! :D
Jangan recycle seluar boxer sudah =.='


Shortpants (sebelum kejadian. haha) :

seluar pendek kesayangan masa aku masa gemok lagi bhahahah.



Bag (selepas kejadian -.-) :

masih nampak lagi rupa seluar tu bha. haha. boleh la kan :))



Tutorial untuk D.I.Y ni takda. Haha. Aku pun main hentam saja ni oi. Tapi boleh rujuk video nih. Maybe boleh bagi idea-idea bernas kot -..-





Beg ni boleh la di pakai pi mana-mana. Aku pun tak tau la mau guna beg ni pi mana. Maybe pegi pasar kot? =.='


Sudah siap, posing muka berlagak adalah harus bersama beg ini sebagai bukti pembelian.
(Apa aku merepek ni? -.-')







=.='


Dah dah dah. Selamat mencuba and selamat berpuasa :D


p/s : update entri ni sambil google minuman untuk berbuka posa. hahaha. padahal belum lagi jam 4 :3




until next time. Daa !

Wednesday, July 18, 2012

D.I.Y Summer Dress.


Lama suda rasanya tak pegang mesin jahit. Bukannya terer pun. Saja rindu =.='
Buang tebiat ka apa ni. Haha. Kebetulan cuti panjang ni, aku duduk rumah saja. Jadi suri rumah sepenuh masa. Tak cukup dengan mengurus kerja-kerja rumah seharian, aku juga turut mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti menjahit. Ada paham?
(Apasal macam skema ni? Duh.)


Macam biasa, mula-mula bukak youtube dulu. HAHA. Bila tengok youtube, baru ada feeling-feeling mahu menjahit. Terus rasa macam kretip dalam kepala hotak. Mahu try itu, mahu ini ! Excited lebih pula. Lempang kang. -.-


Habis godek-godek video. Teringin pula mau buat dress. Dress simple-simple saja. Lebihan kain banyak. Lawa la :D. Firstime belajar potong baju sendiri. Cincai saja oi. Haha. Jahit punya jahit, menjadi jugak la. Tapi part bahu senget sikit :/
Hasilnya..




 boleh la. part bahu tu tak berapa kemas.



Untuk sedapkan hati, alaa pakai dekat rumah jak pun. Bukannya orang nampak pun. Pedulik la. Hoho. Sebab tak puas hati, aku jahit lagi baju kedua. Emang dasar kann. Haha. Baju yang kedua ni aku combine dengan t shirt. T shirt lama banyak. Jahit part skirt saja. Sebab teringin sangat mahu pakai layer skirt :D
Hasilnya..




 layer skirt. menjadi juga kan? :D. ketara betul bha t shirt tu kena recycle. haha



Tu jak la. Lepas ni boleh la feeling-feeling comel dekat rumah. Macam korea-korea giteww. Haha. Next time mahu jahit apa lagi eh? Excited pula :))



Monday, July 16, 2012

Kepala Paip Punya Pasal.


Semalam ikut bapa ngan mama pegi KK. Adik aku yang bongsu pun ikut skali. Kasi teman beli baju raya. Baju untuk dorang adik. 4 orang semuanya. Awal sehh. Posa pun belum kan. Memang suda plan awal-awal mau beli baju raya sebelum posa. Sebab mama memang awal-awal juga suda cakap macam ni,


"MINTAK MAAF LA BANYAK-BANYAK KALAU MAU SHOPPING TIME BULAN POSA. PENATT. NANTI NTAH HAPA-HAPA SAJA YANG DIBELI." 


Hahaha.


Kalau dipikirkan balik betul juga. Shopping time bulan posa nanti dah la crowded, ramai orang, panas, tak selesa lagi. Nanti terbeli baju saiz 17. Seluar saiz 27. Ntah apa-apa jak kita beli kan. Macam mama cakap. Penat jak dapat. Wuu.


Beli dekat Servay Putatan jak pun. Harga lebih kurang saja. Dekat 2 jam juga carik baju melayu untuk dorang nih. Pap-pap bayar harga apa semua. Dah setel. Tahun ni tema kalerful. Warna merah, pepel, kelabu, hijau, coklat semua ada :D


Jam 2 lebih gitu kitaorang pegi makan. Singgah makan dekat Grace Point Food Court Sembulan. Beliau suka makan dekat situ. Santai katanya. Makanan pun banyak pilihan. Hehe. Masing-masing pilih, tunggu order. Sementara tunggu order, mau pi toilet la pulak. Banyak minum air tadi :S




Tanya adik aku,
"Pul, kau mau ikut kaka pi tandas?"
"Mau"


Bah. Sama-sama la kami ni pi toilet. Adik aku lelaki, tapi kecik lagi. Bawa saja la pi ladies -..-


Ehem. Part ni aku yang tak suka.

Lepas dari toilet, pegi sinki cuci tangan. Paip sinki yang jenis tekan punya. Bukan jenis pulas. Aku bukannya firstime jumpa paip ni. Berkali-kali. Erk. Tapi entah camna terlampau cuai kan. Langsung tidak sangka air dia akan keluar secara terus-terusan tanpa rasa belas kasihan. Tekan jak paip, sekalinya


WHOOSHH !


Sudah. Habis semua. Muka basah. Mekap basah. Sampai tudung pun basah. Dah la pakai pashmina. Tak pasal-pasal aku mandi depan sinki. Nasib baju jak tak basah. Grr.


Ipul tengok jak. Dia pun ndak sangka ni. Haha. Dia tak basah pun. Adik aku lagi pandai guna paip tu dari aku. Pfft.   


Terpaksa buka tudung kasi kering. Tak pasal-pasal kann. Aihh. Nasib baik pakai mekap waterproof. Nasib baik tak pakai bulu mata pelesu. Kalau tak, lagi dasat. Wuu.


Keluar dari toilet jak, order lama dah sampai. Beliau tanya kenapa lambat. 


"Kaka tadi basah kena air". Ipul yang jawap.

"Astaga. Kau ka kaka? Camna bha ni hahaha"


Ketawa jak beliau. Kuyaknyaa. Aduh. Paip la ni punya pasal :$





Toilet cantik, tapi kepala paip tak reti mau guna. Apakah. =.='

 

Tuesday, July 10, 2012

Kenapa Berblog?


Mungkin tajuk ni agak basi. Yala, dah berlambak dah orang lain post entri macam ni. Mesti korang terpikir kan, "eh pehal pompuan ni? follower dah la ciput, ada hati mahu bagi tips berblogging bagai." eee negative nya pemikiran =.='

Aku bukannya mahu bagi tips berblog ke hapa. Tau la tak pemes =.=. Ini cuma mahu bagi pendapat saja. Just wanna share my thought. Chill la. Haha.

Ehem. Kenapa aku berblog? 


1. Sebab lebih suka menaip dari bercakap.

Boleh pula begitu kan? Ada orang dia lagi senang meluah depan skrin dari face to face. Depan skrin lagi bebas rasanya untuk meluah macam-macam. Macam aku lagi prefer texting dari calling2. Tak tahu la. Lagi selesa kot :)


2. Sebab terpengaruh.

Rasanya laa. Banyak jumpa blog cantik-cantik, comel-comel. Header dorang suma lawa-lawa. Teringin juga la ada blog macam tu. Tapi tuu la. Teda masa la. Teda idea la. Tidak pandai la. Alasan jak tu kan? =.= 


3. Sebab mahu untung.

Mata duitan juga la sikit-sikit. Haha. Jeles juga tengok blogger lain dapat cekout ribu riban. Wuu sapa tak mau kan? Orang lain apply nuffnang, aku pun ikut juga apply nuffnang. Tapi masih juga earning duapulohlima sen =.=' Macamana traffic mahu naik, blogwalking pun malas. Apa lagi mahu drop comment dekat post orang lain. Pemalu punya pasal. Tak pasal-pasal membebel.


4. Sebab mahu pemes juga la sekali sekala HAHA.

Err. Tak tahu mahu explain apa yang nih. Abaikan saja la.


 

pikir mahu update apa lagi lepas ni. =.=



Tuesday, July 3, 2012

Aku, Biola dan Kebaya.





















 













Photograph and Editing : Yusrif Sehe
Makeup and Talent : Dang Wangi
Prop : Together


p/s : saja suka-suka. segan pula ngaku sendiri talent. adeh. kbai.