Saturday, February 4, 2012

D.I.Y Kemeja Jadi Blouse.

Aiseh. Tetiba buat D.I.Y kan. Firstime ni. Terus rasa macam jadi Martha Stewart. 
*eh dia bukan selalu masak masak ka?*. Lantak. >_<!



Minggu lepas baru belajar menjahit. Firstime belajar menjahit guna mesin. Sebelum ni jahit guna tangan saja. Setakat jahit seluar tetas tu boleh la T.T



Kebetulan ada kursus percuma. Anjuran Pusat Latihan TEKUN Papar. Dapat info dari mama. Rugi kalau x pegi katanya. Bukan selalu ada peluang. Boleh belajar menjahit macam macam. Mama betul mahu pegi tapi kebetulan kursus tu mula pada hari Jumaat. Mama kena pegi sekolah sebab ada kelas. "Jadi kaka saja la pegi ya?"
Okay mama aku yang excited ni sebenarnya =.='



Jumaat pagi tu aku pegi pejabat TEKUN, daftar semua dan terus duduk mula kelas. Seriously aku memang zero pasal jahitan T.T. Tapi nasib baik la dorang ajar teori dan mula dari basic jahitan dulu. At least aku boleh follow dan sekarang jadi la D.I.Y baju ni hahaha.



Dari kursus 3 hari ni, siap juga la 3 projek yang dorang ajar. Belajar menjahit pin kusyen berbunga, belajar menyulam dan paling best belajar membuat beg tote sendiri! :D



Balik rumah, terus google pasal jahitan. And dapat la idea macamana mahu modified baju baju lama. Baju lama yang x guna jangan buang, boleh recycle macam macam. Macam aku ni try modified baju kemeja lelaki jadi baju blouse/dress/top whatever la apa namanya. Yang penting menjadi :'). 
Kebetulan ada baju kemeja lama *baju bapa aku jadi mangsa haha* and kaler dia pun cam ladies skit. Lawa la. Terus semangat ambil gunting. XD



baju asal. sebelum kejadian.



 hasilnya. selepas kejadian.



So macam? Jahitan belum berapa kemas lagi sebab baru mula belajar. Tapi jadi juga la hasilnya. Boleh pakai baju comel comel dekat rumah. Terus ada feeling jipun-jipun giteww. Haha.




Sori la xda tutorial pasal ni. Sebab aku pun masih merangkak rangkak lagi guna mesin :'). Just mahu share idea saja. Dekat youtube berlambak. Salah satunya yang ini. Giannyl. Memang inspired. Dia jahit guna mesin sambil kunyah kunyah jagung lagi. LOL.






p/s : sapa sapa yang ada baju besar besar dekat rumah. awas la kamu. bila bila masa boleh hilang. HAHA.


2 comments: