Monday, December 8, 2014

Mood Berthrowback


Assalamualaikum.



Ya ampunnn lamanya tidak buka blog. Dekat setahun sudah. Macam mana mau guna blogspot ni pun tidak tau sudah. Password blog pun lupa sudah. Nasib baik dapat buka. Tu pun nasib baik guna password birthday sendiri -.-'



Last post tahun lepas. Masih studi lagi. Jaman-jaman stress buat esaimen, buat thesis, buat FYP. Memang azab time tu kalau diingat balik. Nasib baik lepas T.T 
Lepas habis present FYP, terus sambung praktikal. Praktikal tahun lepas bulan Julai 2013. Praktikal 3 bulan, then sambung raya. Yala. Dari situ la aku mula terputus hubungan dengan blog ni ! Aisemen. Begitu begini lama-lama sampai laaa sekarang tak bukak blog teruss. Asi ka begitu? Haha    



Mungkin sejak adanya wechat, instagram, whatsapp dan bermacam jenis media social yang lain menyebabkan keaktifan diri ini untuk berblog menurun. Aisemen lagi. Kenapa ayat aku macam skema ni. Adui XD







Sekarang ni aku aktif berinstagram (Aktif laa sangat). Sebab aku lagi suka tengok gambar berbanding baca. Macam orang selalu bilang, a picture can tell you a thousand words. (Betul ka itu?) Memang lumrah manusia suka tengok benda-benda yang indah, cantik. Lagi-lagi shopping online. Ya Allah, berlambakk. Sampai rambang mata dibuatnya. Tambah lagi boleh bank in online, lagi laa aku sakan bershopping online. Sampai siang malam berinstagram (Dahsyatt. Patut la duit cimb aku selalu habis T.T) 



Mau juga kasitau kan. Hmm. Macam jakun pula. Adeh. Maybe lepas ni aku akan update lagi blog ni, tapi dalam mood berthrowback saja la. Hehe. Banyak moment-moment yang best, yang special aku rasa mau share sini. Tapi take time dulu la. Pelan-pelan bah.



Until next soon :)




sengaja letak gambar kabur :p