Baru saja baik demam. Biasa la, tiap kali abis cuti, asal start sesi kuliah saja, mesti selalu sakit-sakit.
Sakit perut la, sakit demam la. Memang gitu la simptom-simptom x mau pegi sekolah. :p
Tapi aku ni serius. Bukan sakit yang di buat-buat. *eceh*
Abis cuti ja, mula-mula sakit tekak. Esok paginya, bangun tidur ja suda teda suara ni. Petangnya pula suda demam.
Teruk woo :'(
Bila sakit tekak ni tau la, memang tanda-tanda mau batuk la tu. Banyak-banyak penyakit kan aku paling x suka batuk.
*bleh kunun main pilih-pilih penyakit. matai XD*
Serius la. Paling aku x tahan kalau suda kena batuk. Lagi-lagi kalau kena time kita ada paper, ada exam.
Korang bayangkan saja la, dalam satu dewan besar semua senyap sunyi sepi. Tetiba pula kau satu orang saja batuk-batuk dekat situ.
Rasa macam banyak anak panah atas kepala. Yang ini la ni dok batuk kong kong kong dari tadi.
*imaginasi terlampau tinggi. hoho*
Kena gi kalau dapat batuk yang berkahak. Pergh. Lagi tension. Satu dewan boleh dengar bunyi guruh dalam kerongkong kita. =.='
Teringat time zaman sekolah dulu. Pantang dengar classmate bunyi batuk berkahak. Siap pakat ramai-ramai ni bersorak, "wuu..patak-patak !"
Ngok. Kahak orang lain kau mau minta? HAHAHA. Betul-betul la x senonoh. Tapi memang kesian la sapa yang kena batuk ni. Suda la kena kasi malu.
Sampai mau batuk pun terpaksa sembunyi-sembunyi. LOL. Kalau aku la kan, time sakit macam ni memang selalu bawa sapu tangan.
Terbiasa suda dari kecik time sekolah. At least kalau batuk pun, boleh kunun kaber-kaber.
Macam peribahasa ni la, bagai melepaskan batuk dalam sapu tangan. =.='
Macam peribahasa ni la, bagai melepaskan batuk dalam sapu tangan. =.='
Apa-apa pun, kena jaga makan jaga kesihatan diri. Sekarang ni pun cuaca sekejap-sekejap jak boleh berubah. Pagi panas terik, petangnya hujan lebat dah.
Memang senang mahu jatuh sakit kalau x jaga diri. Ececeh. Macam kempen kesihatan pula kan. Tapi yang bener deh. Hehe.
pesan ibu : jangan kurang minum air.